Thursday, September 29, 2016

Kalau benar kamu itu mahluk yang baik, bertanggungjawab, dan soleh— tunaikan segala perjanjian basi itu.

Ini bukan halnya aku terdesak, aku masih lagi punya jiwa, atau perkara-perkara yang kamu sakiti itu. Ini bagi aku– kewajipan bagi seorang yang telah terburai janji-janjinya.

Aku tak hadap, aku tak batak.
Dan aku tak perlu untuk kamu kata "Maafkan aku".

Aku cuma rasa, janji kamu itu ku ikat sampai mati.

1)

Malam semalam bagai tidak mahu bangkit daripada buaian.
Yang di mimpi masih lagi dia yang sama.
Yang di impi pun masih lagi sedia kala.
Aku kata, kamu lagi.
Aku tanya, mengapa kamu lagi.
Aku cubit pipi, aku terjerit sekali.

2)

Sepertinya, aku sudah hilang ingatan.
Jadi Tuhan pertemukan untuk apa?
Kalau tidak berbahagi cinta?
Kalau akhirnya kita yang zalim.
Dan kita sungguh zalim; membuatkan aku dan kau tidak pernah wujud pada satu titik di garisan lurus.

3)

Bahawa kita tidak pernah menyangka.
Apa yang dinilai berdasarkan mata kasar, tidak sama nilainya pada adab.
Kamu indah dipandang, sukar didekati tetapi hati kamu indah.
Berbeza.
Kamu ditenung hingga menusuk jantung.






Monday, September 26, 2016

Mana nak campak kepandaian aku ni? Hahaha demmit

Tak sedar

Aku baring, lengan kanan aku letak cantik di sisi muka. Mata ku pejam, tetapi aku masih sedar.

"Dulu Tasha class apa?"
"Class account. Sukan punya."
"Oh satu class dengan siapa? Kot ada Zaty kenal."
"Dengan Si Polan ni. Si Polan Bin Si Polan."
"Oh."

Dan berlarutan aku punya dengkuran. Aku ngantuk.

Bukan

Aku bukanlah seorang mahasiswi. Bukanlah seorang yang berakademik. Bukan jualah seorang bakal doktor. Bukannya jurutera. Aku kononnya mahu jadi ahli Biologist tetapi entah apa yang aku lakukan sekarang.

Aku seronok. Seronok begini. Seronok berasa payah dahulu. Seronok dengan kehidupan ini.